“Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan menuju ke syurga.”
Kerjasama,Kasih Sayang,Tepati Masa

Popular Posts

Monday, July 9, 2012

sedihku tiada siapa tahu

kisah semalam benar-benar membuat aku
rasa sangat bahagia dan gembira
aku lupakan segala keperitan
sengsara yang aku alami
terima kasih kepada dia yng sering buat hidupku ceria
namun dalam kecerian dan kebahagian
yang seketika itu
aku tahu..
kepedihan dan kesedihan yang kurasa belum berakhir
walau hati ini gembira
namun aku yakin
melihat sahaja wajah-wajah mereka
benar-benar membuat hati ini kembali terluka
aku tahu dihati mereka
mereka tidak yakin pada diriku
walaupun..
setelah bermacam-macam hasrat telah kutunaikan untuk mereka
malam itu
aku meluahkan segalanya pada adikku
hanya aku dan adik yng mengerti segala kelukaan yang kami rasa
sejak kecil aku dan dia saling melengkapi
saling memberi dorongan antara satu sama lain
apa yang kami rasa
tidak akan dimergerti oleh orang lain
hidup kami amat berbeza dengan orang lain
diri kami hampir kecundang kerana keperitan yang kami rasa
namun dorongan yang kuat antara kami
membuat diri ini cuba untuk bertahan dalam mengharungi hidup
bagi aku,
dunia aku hanyalah adikku
walau kdangkala kami bergaduh
walau kdangkala aku tidak suka dengan sikapnya
namun hanya dia tempat aku meluahkan perasaan
dan hanya dia sorang yang mampu memahami hati ini
bukan aku tak suka bercerita pada si dia
cuma aku tahu dia tidak akn faham apa yang aku rasa
dia tidak alami hidup macam aku
walau aku tahu dia juga menhadapi kehidupan yang perit
namun sekurang-kurangnya
dia pernah memberontak,
dia pernah lari dan mengeluarkan segala rasa marahnya
namun aku
aku hnyalah aku yang pengecut
walaupun aku pernah terfikir untuk lari dari duniaku ini
namun aku tak berani
aku pernh terfikir untuk melakukan sesuatu yang diluar jangkaan aku
namun sekali lagi aku takut
aku amt mencemburui mereka yang berani untuk bertindak
dan kini..tembok kekuatanku
makin lama makin rapuh
entah bila-bila masa sahaja
hati ini akan mula melepaskan segala yang tersimpan
dan ketikan jagn pernah salahkn aku
kerana sengsa yang kutahan dan harapan
yang pinta dan harap dari mereka
tak mampu mereka tunaikan...

0 comments:

ª