“Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan menuju ke syurga.”
Kerjasama,Kasih Sayang,Tepati Masa

Popular Posts

Monday, October 24, 2011

Aku tinggalkan dengan seribu kenangan

kenapa kau muncul dalam hidup aku ?
kenapa kau buat hati aku tertarik ?
kenapa kau buat aku tersenyum ?
kenapa kau buat aku gembira ?
kenapa kau buat aku menangis ?
kenapa kau buat aku jatuh hati ?
kenapa kau buat aku menjadi diri sendiri ?
kenapa kau sering dengar luahan hati aku ?
kenapa kau selalu ada dengan aku ?
kenapa kau baik dengan aku ?
kenapa kau selalu gaduh dengan aku ?
kenapa kau pujuk aku bila aku merajuk ?
kenapa ? kenapa ?
dan kenapa sekarang kau berubah ?


hmmm ,
aku terima segala hakikat nya..
engkau sentiasa dihatiku
sbb "hutang" lama nya...
ampun ko pohon untuk segera melupakanmu...
bukan ku lari diri, tapi menghormati kehendakmu...

Nikmat bertemu denganmu bukan disebabkan aku hnya suka2,
memainkan perasaan, melukai hati mu, atau apa yg kau rasa sebuah kebencian...
Semoga bahagia selalu....

Sunday, October 23, 2011

Air Mata KU....


Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita,
Maka hilanglah sifat pemimpinnya.
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,
Maka hilanglah sifat redhanya.
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,
Maka terbitlah sifat belas ehsannya.
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana terluka,
Maka hilanglah sifat kekuatannya.
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalirnya kerana takutkan Allah S.W.T,
Maka bergembiralah,
Kerana air mata yang sedikit itu mampu,
Memadamkan api neraka kelak.
Rasulullah S.A.W telah bersabda:
"Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."
Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari Kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.
Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata:
"Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."
Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan kerana sehelai rambut.
Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari Kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya.
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

"Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jathiyah ayat 28)
Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh lima ratus tahun perjalanan.
Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan:
"Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad S.A.W berusaha menghalanginya dengan berkata:
"Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."
Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata,:
"Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"
Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah S.A.W meraihnya. Berkata Jibril A.S.:
"Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya."
Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S:
"Wahai Jibril, apakah air itu?"
Maka Jibril berkata:
"Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W:
" Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

Friday, October 21, 2011

Ketawa dalam tangisan

Memamng GILER...!! tak tahu plak cepat bonar "dia" dah ada yang baru siap ckap pemangku pakwe lagi dia dengan rehda nya cool ja.. nak buat mcm mna dah nasib badan igat dah membuktikan "janji" biar je lar... janji dalam diri kita jgn bersifat benci akan seseorg yang penah kita cintai...

      Aku just nak becerita kepada blog-blog lain or follower aku... ini yang terjadi pada kawan aku yang sebenarnya yang masih menagih cinta seorang perempuan yang bau ja di "clash"kan... kwn aku ni selalu citer pasai "ex" dia walaupun dia dah tahu hakikat nya dia takkan bersama melainkan JODOH mereka ALLAH yang tentukan... Aku dah sabarkan dia tapi nak buat mcm mn tiap2 hari becerita kadang2 naik rungsing gak aku....

    Tapi aku PAHAM sgt2 lar laki2 ni sembang ja kencang tapi HATI TAMAN hahhahah... Aku harap sangat2 dia kuat dalam study, kerja hebat2, jgn dok tunggu pa g kawin ja yang mana bekenan.... senang citer... tapi pilih lar yang mampu ssh senang sama2... baru gempak.... kalu nak igat 1st love igat la.. mungkin semua 2 adalah jodoh kita kemudian hari or tidak.... Yang penting sayangi yang sedang berada disamping kita, yang tahu ssh senang kita.. e2 lebih baik...

     Ada pengajaran ceta kwn aku dengan sebuah kisah yang lain.... Seorang pelajar tanya pada cikgunya bagai mana KITA NAK TAHU SESEORANG tu MENYANYANGI kita.... Cikgu tu berkata : " esok kamu jumpa cikgu kat padang cikgu ceitakan mcm mn??....
   
          Keesokan pagi nya, cikgu dan pelajar berikut pegi ke padang dan cikgu 2 berkata "awk, tengok kat padang ni byk rumput yg segar, saya awak pilih yg paling awk suka n n sayang pada nya sampai ke hujung padang jgn menoleh ke belakang lagi"... pelajar e2 cari dan cari lagi tiba2 jumpa satu rumput yang bekenan di hati dia pun amik.... cikgu 2 bertnya "Awk belum sampai ke hujung lagi mcm mn awak tahu yang 2 yang paling awk ska" pelajar berikut pun jalan akhirnya dia jumpa rumput yang ada bunga  kecik di atas nya lalu dia kata saya dah jumpa.... selepas 2 cikgu 2 kata saya nak kamu lepaskan dua2 rumput 2 n cari yang lain yang paling hebat di hati kamu... lepas 2 cari n cari sampi ke hujung x jumpa... dia pun menjeit " cikgu tak jumpa lar.... pas2 cikgu 2 bagi tahu kat dia kamu tahu x rumput yang kamu jumpa 1st tadi adalah kasih sayang kamu sepenuhnya... yang rumput kedua tu adlah tempias yang menganggu rumput yg pertama, dan ketika yg kedua-dua rumput kamu buang adlah mengikut ego mu... akhirnya kamu merana semua... kamu kena faham yang berada disisi kamu 2 adalah seseorg yang menyanyangi kamu...

hope korang paham perjalanan ceta tadi... sebab aku bukan pencerita yang baik... aku cuma merasai semua yang penah aku hadapi yang memegang prinsip "1st adalah last love" tapi e2 bukan yg sebenarnya Cinta adalah orang yg sanggup susah atau senang bersama2 walaupun hubungan itu sudah tiada... Allah sahaja yang mengetahui apa yang kita rasa, apa yang kita lalui, apa yang kita nanti....


kalu ada silap dan salah aku tabik maaf k....

Tuesday, October 18, 2011

Kegilaan terlampau..!!~~

             Ya Rabbi, banyak gila asggment nak kena siapkan... abis lar aku semester ni mcm2 dugaan yang kena hadapi so aku terpaksa smile dengan diri aku ini.... lumrah kehidupan nama pun yang penting aku tekanan tapi jgn tunjuk kat org lagi bagus... aku kena pegang pepatah baru, " susah diri sendiri dan jgn ssah org lain" kalu minta tolong dr org lain tak pa kot.. nak buat mcm mn ita ni hidup saling melengkapi antara satu sama lain..

aku menambah plak tekanan lagi bila dapat tau mai EX5 dah ada org punya sedeyh gila kot... tak pa tak pa itu cabaran yang penting buat yang mn termampu sudah... jgn sikap dengki-mendengki tu ada dlm kamus hidup berdosa tau... hahahha

sedeyh giler...!!!~~~ tapi kekuatan aku sebb aku punya hati e2 lagi penting maaaa.....
bahagia selalu tau, aku nak smile puas2 smile giler babeng.....
aku nak smile, biar terpaksa janji ikhlas dan redha selalu...!!~~~

Wednesday, September 28, 2011

Feelhoney - Curang ( Demo ) Versi Akustik

~~!!Memang Terbaik lar...!!~~
Bemakna sangat#!~~~

Feelhoney - Sekadar Lelaki Biasa



Ini yang ku Rasa dalam diriku!!~~~

Kisah Lelaki Dan Perempuan


Biar hati yang lebih mengetahui daripada mulut yang berbicara

Doa Jodoh

Thursday, September 22, 2011

Assignment, kajian,Program, Kursus, dan kuiz, test!!! bhg 2

Sambungan...........     


    Letihnyer...... baru je balik meeting tadi terus mandi, solat, n nak tulis blog ni tuk korang semua.... bahagia nya hari ini rasa jumpa adik2 dapat bagi info terbaru "mengubah org lebeyh baik dari mengkritik org" boleh dikatakan mcm tu lar... hope diaorg paham sangat-sangat apa matlamat seorang yang hendak berjaya dalam dunia dan akhirat.... aku rasa pasni nak settle kan masalah tugasan tu dulu bagi mendapat kelegaan dalam hati ini sebelum aku nak pi kursus fasilitator dibawah kendalaian PRSP yang di sifatkan " Pertemuan Rahsia Sebuah Persahabatan" ada yang bina benda ini aku amik sebagai falsafah dalam diri AKU.....

      Korang nak tau tadi benda yang tak leyh aku lupa aku dpat berinteraksi dengan baik walaupun gagap tu masih ada lar buat malu je aku ni kata PRESIDENT.... hahahha... harap ada input baru yang dapat aku ketengahkan lagi sebagai seorang yang menyebarkan ilmu.... semoga mendapat keberkatan dai-NYA... korang rasa tak apabila jadi seorang pemimpin kdang-kdang  keburukan kita boleh dibaiki dari masa ke semasa... so aku harap aku dpat tingkat kan ilmu lagi... bahagia bila berkumpul dan meyatukan hati-hati manusia ni membentuk JEMAAH....  so aku harap sangat doa dari korang semua dalam keserabutan aku ni dapat aku atasi dengan baik nya..... so hope korang terhibur xsikit banyak jadi larr hehehhehe....
Nanti aku "update" blog kat korang lagi ek.... lepas balik Kursus... okay :)  :P 

Assignment, kajian,Program, Kursus, dan kuz, test!!!

         Aduhai kegilaan nampak nya sudah samapai kemuncak, maaf kepada pembaca lama tak update my blog niey... korang tahu ler bila masuk belajar mcm ni lar, mata dah hampir bengkak, kepala sudah naik panas, mau tak nya sem ni gila-gila punya "study" dah lar "batch" ujikaji  lectue sendiri tak tahu apa yang nak ajar.... Amali pun ntah apa-apa aku dah rasa sem ni aku tak mampu galas AKJ (Anugerah Ketua Jabatan) memang teruk lar kalu mcm 2... aku nak sangat bila konvo nanti aku nak dapat anugerah ketua pengarah.... uhhuhu tak pa lar xda rezeki nama pun.....


       Esok Jumaat, aku akan pergi ke Kem Fasilitator yang bersama-sama barisan Majlis Tertinggi Persatuan kat Poly aku... mampuis lar aku sesi diklusi akan diadakan mcm mn aku nak "handle" situasi macam niey... kacau bilau dibuatnya... Sep bek aku ada backup yang pandai ckap.... selamat dibuatnya... aku rasa bila jadi orang atas mmg aku tak mampu tunduk ke bawah melihat org kat bawah buat kerja... aku rasa bersalah sgt2... Mantan aku dulu gila2 stley tapi "time" aku aduih kolotnya.... takot giler... aku harap warisan yang ada dalam diri aku ini adalah satu kekuatan untuk aku melahirkan generasi remaja yang gempak berkaliber....

Jap g aku sambung aku punya cerita aku nak kena pi meeting daaaaa.....

Monday, September 19, 2011

Maharku Untukmu-Alief (Nasyid)

Sunday, September 18, 2011

Pemikiran yang Harus dalam Fikiran Remaja


Profesor Emeritus Dr. Osman Bakar

Apakah yang dimaksudkan dengan “pemikiran”?
  • pemikiran sebagai sifat manusia: manusia sebagai makhluk berfikir
  • pemikiran yang benar dan pemikiran yang palsu: ilmu mantik (logik) sebagai seni berfikir yang memastikan pemikiran berada pada landasan yang betul.
  • Matlamat pemikiran: untuk menghasilkan ilmu dan kebenaran; mengenali kepalsuan
Jenis-jenis pemikiran
  • Pemikiran waras (rasional) dan pemikiran tidak waras (tak rasional)
  • Pemikiran logik dan pemikiran tak logik
  • Pemikiran analisis dan pemikiran sintesis
  • Pemikiran holistik dan bersepadu dan pemikiran berkotak-katik
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘pemikiran saintifik’?
  • makna am dan makna khas: bermakna “ilmiah” tanpa mengira bidang pengajian; bermakna pemikiran yang mempunyai ciri-ciri tertentu tetapi ditujukan khusus kepada bidang ilmu sains (pengajian alam tabii)
  • tamadun Islam sebagai tamadun yang mengasaskan pemikiran saintifik
Hubungan antara pemikiran saintifik dan pemikiran keagamaan
  • keharmonian hubungan dalam tamadun Islam
  • pertarungan dan konflik dalam tamadun Barat: sains terpaksa dipisahkan daripada agama
  • masalah di dunia Barat diwariskan kepada dunia Islam (termasuk Malaysia) menerusi dasar-dasar kaum penjajah: masalah berterusan hingga ke hari ini
  • keharmonian antara sains dan agama dalam perspektif Islam perlu dihidupkan semula menerusi pendidikan
Erti pembangunan
  • mempunyai pertalian rapat dengan pandangan semesta (world-view) dan konsep manusia: lain pandangan semesta dan konsep manusia lain konsep dan falsafah pembangunan
  • pembangunan fizikal atau kebendaan; pembangunan kemanusiaan
  • dua pengertian pembangunan kemanusiaan (human development) yang difahami dewasa ini: yang melibatkan kerohanian dan yang tidak melibatkan kerohanian
  • pembangunan yang terbaik: bersifat holistik dan bersepadu; meliputi dimensi kebendaan, dimensi kerohanian, dimensi keintelektualan, dimensi akhlak (ethics, morality), dimensi kemasyarakatan
Peranan agama dalam pembangunan masyarakat Islam di Malaysia
  • agama sebagai asas kepercayaan, pegangan hidup dan sumber nilai orang-orang Melayu-Islam sejak berkurun-kurun lamanya: Islam dilihat sebagai agama dan juga peradaban
  • peranan agama dipinggirkan di zaman penjajahan Barat
  • peranan asal agama Islam dan maruah agama dipulihkan secara beransur-ansur selepas negara merdeka
  • pembangunan material atau kebendaan seiring dengan pembangunan kemanusiaan
  • perkembangan pendidikan Islam dan pembangunan institusi-institusi Islam: peribadatan, perundangan dan kehakiman, kebajikan, ekonomi dan kewangan, pendidikan
Peranan sains dan pemikiran saintifik dalam pembangunan masyarakat Islam
  • sains Islam di zaman pra penjajahan
  • sains Islam di zaman penjajahan
  • pengenalan sains moden kepada masyarakat Islam di zaman penjajahan
  • perkembangan pesat sains dan teknologi moden di Malaysia sejak kemerdekaan
  • kelemahan masyarakat Islam dalam bidang sains dan langkah-langkah kerajaan untuk mengatasinya
  • Islam sebagai faktor penting dalam memajukan masyarakat Islam dalam sains: penekanan yang berbeza-beza oleh lima Perdana Menteri sejak merdeka
  • sumbangan gerakan islamisasi ilmu sejak dekad 1970an
Kejayaan yang telah dicapai
  • bilangan ahli sains dan teknologi Muslim yang kian bertambah
  • kepimpinan Muslim dalam bidang S&T: kemajuan institusi-institusi saintifik
  • aplikasi atau penggunasuaian sains dalam berbagai-bagai lapangan kehidupan negara: pertanian, perindustrian, kemajuan ekonomi
  • sumbangan kepada bidang pemikiran secara umum: cara berfikir yang lebih baik dan sistematis, lebih cocok dengan kehidupan semasa
  • pada keseluruhannya, masyarakat Islam di Malaysia jauh lebih maju daripada kebanyakan masyarakat Islam di negara-negara lain dalam bidang sains
Masalah dan cabaran yang sedang dihadapi
  • masyarakat Islam masih ketinggalan berbanding dengan masyarakat bukan Islam di Malaysia dan masyarakat bukan Islam di negara-negara maju dalam bidang sains
  • potensi Islam sebagai penggerak dan pemankin kemajuan S&T umat tidak dimanfaatkan setinggi yang mungkin: ke arah melahirkan sains dan budaya sains yang kreatif dan seimbang
  • pemikiran saintifik dalam ertikata yang sebenar belum mencapai tahap ketamadunan: pemasyarakatan sains; pembudayaan sains; penghayatan peranan sains yang sebenar; orientasi penyelesaian masalah manusia
Cara-cara untuk mengatasinya
  • pendidikan sains perlu dipertingkatkan
  • peranan Islam dalam pendidikan sains, aktiviti dan penyelidikan saintifik, dan aplikasinya perlu dimantapkan
  • pengeluaran ahli-ahli Sains dan Teknologi Muslim perlu dilipatgandakan khususnya dalam bidang-bidang di mana kaum Muslimin jauh ketinggalan berbanding dengan kaum-kaum lain
  • ahli-ahli Sains dan Teknologi S&T Muslim di Malaysia perlu berganding bahu dengan rakan-rakan dari profesion yang sama di negara-negara Islam yang lain
  • pihak berwajib perlu terus memberi galakan, kemudahan kepada masyarakat Islam bagi memastikan pengelibatan mereka dalam memajukan sains bagi kepentingan umat terus berkembang pesat
Masa depan: Antara harapan dan kenyataan
  • Islam hendaklah terus menjadi pegangan hidup majoriti rakyat negara ini dan menjadi sumber inspirasi dan nilai bagi pembangunan masyarakat dan negara
  • perspektif Islam tentang sains dan pembangunan hendaklah dimakmurkan
  • kerjasama masyarakat Islam di Malaysia dengan masyarakat Islam di negara-negara lain hendaklah dipertingkatkan
  • meskipun ada banyak cabaran dan rintangan masyarakat Islam di Malaysia mampu untuk terus maju dalam bidang sains di samping menggunakannya untuk pembangunan secara yang sihat, adil, dan seimbang

Puisi Untuk Mu Sahabat KU


SAHABATKU,Indahnya persahabatan kita andainya ianya berpaksikan keredhaan
ALLAH,
Lagi indah andainya,
Dia sudi campakkan ke dalam hati kita,
rasa cintaNya
dan mewarnai hubungan kita,Betapa kerdilnya kita,
terpaksa meminta daripadaNYA ,
untuk secebis kasih sayangNYA,
meminjam cintaNYA,
bagi memelihara perhubungan kita semua,aku tak mampu untuk menanggung,
andainya dalam sekelip mata,
Dia mengambil nikmat persahabatan ini,
Aku tak sanggup!
Aku tak sanggup!Kerna selama ini,
Perhubungan kita,
Tiada paksi tujuan,
Tiada arah kemahuan;
Hinggakan kadang-kala,
Aku tertanya-tanya,
Adakah kita mencintai antara kita semua kerana ALLAH??
Ataupun hanya untuk memenuhi kuota kehidupan??sahabatku…….andainya korang terbace sajak nie…..fikir-fikirkanlah
tujuan persahabatan kita. Andainya persahabatan kita bukan kerana
mengharapkan keredhaan ALLAH, aku mohon, agar kita semua kembali
menyulam tautan hati Lillahi Yang Maha Penyayang! (^_^)

Saturday, September 17, 2011

 Ini lah dinamakan kekuasaan Allah, Bila aku tengok umpama macam gambar "editing" Walhal tidak sama sekali. Bagi aku falsafah yang aku dapat dalam gambar-gambar ini perubahan yang berlaku antara kita dengan manusia bagaimana terjadi permusuhan di antara manusia dengan manusia lagi hebat berbanding binatang...
 Aku sedih diantara kita sanggup bergaduh atau orang yang putus Silaturahim Disebabkan Wang, Kemewahan Harta Benda, Politik, perselisihan faham, Cinta, dan sebagainya.... Aku tak faham betul lar lagi berilmu orang itu lagi kacau bilau kita dibuatnya,,,

Hope, kita sama-sama berkasih sayang secara "halal" nya Fikir-fikirkanlah.... jgn jadi remaja yang memalukan agama,bangsa, adat kehidupa kita.. moga kita dijauhi kemurkaan Allah S.W.T

"You've Got a Friend" 2009 - SandFantasy


Tetiba ja ada kesenian macam ni berkaitan dengan persahabatan...
Pilih sahabat yang mampu memberi kebaikan dan jangan tinggal yang lakukan kesilapan
cuba untuk mengubah sedemikian yang lebih baik~~~

Jodoh dan Takdir-MISK (Nasyeed Underground).mp4


~~~Khas untukMU~~~
Miss You Always Wahai HawaKu

Feelhoney - Kisah Cinta

Dialah Jodohku

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir.

Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.

Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.

Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?

Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.

Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara

remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.

Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.

Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.

Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.

Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?

Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.

Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Nasihat Tentang Sahabat

Berikut ialah wasiat Alqamah kepada anaknya mengenai sahabat, tulisan seorang ulama' tersohor:

Seorang alim bernama Alqamah telah berwasiat kepada anaknya. Antara wasiatnya ialah:

"Apabila tercetus di hatimu berkawan dengan seseorang, pastikan jika engkau berkhidmat dengannya, dia boleh mengawal dirimu."

"Andainya kamu bersahabat dengannya dia boleh menghias dirimu, sekiranya pada suatu ketika kamu kekurangan belanja dia boleh berbelanja untuk kamu."

"Bersahabatlah sekiranya kamu hulur satu kebaikan lalu orang itu pun berbuat demikian, apabila melihat kebaikan daripadamu lantas dikutipnya dan dihimpun kerana menghargainya."

"Apabila melihat keburukanmu lantas ditutupnya, bersahabat rapatlah kamu kepada orang yang jika kamu meminta sesuatu (nasihat atau apa sahaja) lantas dia memberimu segera."

"Apabila kamu berdiam diri tidak meminta sesuatu darinya, dia menunjukkan rasa resah gelisah. Sekiranya bala menimpamu, dia merasa simpati dan bertimbang rasa."

"Bersahabatlah apabila kamu berkata sesuatu, dia mengiyakan sahaja. Sebarang perkara usaha sungguh-sungguh yang kamu hendak lakukan, dia segera memberi sokongan. Dia segera mengalah ketika berbalah denganmu."

Demikianlah wasiat Alqamah kepada anaknya mengenai sahabat yang sangat tinggi nilainya terutama bagi melaksanakan amal kebaikan dalam gerak kerja Islam.

Tingkat persaudaraan yang paling rendah ialah berlapang dada, manakala tingkat persaudaraan yang paling tinggi ialah 'ithar' iaitu mementingkan sahabat-sahabatnya lebih daripada dirinya sendiri.

Friday, September 16, 2011

Erti Persahabatan & Kebaikan

Sahabat adalah dikurniakan kepada kita agar saling bantu membantu antara satu sama lain selain menguatkan Ukhuwah antra sesama Islam dan bukan islam... tiada ukuran yang dapat digambarkan.. apabila berucap dengan persahabatan hanya dapat terlakar di minda setiap insan iaitu sahabat orang yang selalu berada dekat dengan kita... bagi aku tidak mungkin sebab erti persahabatan bagi aku adalah satu perasaan yang akan muncul apabila setiap (kawan , rakan, member) ini memerlukan bantuan tidak kira dari segi apa pun... kehidupan aku dengan sahabat-sahabatku selama ini ada lar suatu lakaran yang mungkin tidak aku lupakan... setiap detik aku susah dan senang mereka akan berada dibelakang aku.. nak kata selalu "contact" tak da pun.. nak kata mesej (lagi lar kedekut piang hehhehe.....


Baru aku tahu walaupun kita hidup beseorangan tapi bila kita kenal seseorang itu ia akan dipanggil Sahabat... tapi jangan la kita mecipta kebodohan mcm tinggal sahabat yang baik semata-mata hidup tak "berstley" katakan untuk sahabat yang bersosial tapi ini lar yang terjadi dalam kehidupan manusia sekarang... mcm nak gelak ja kuat-kuat kalu sememang nya kebodohan terjadi... Biar sahabat lupa aku, mungkin aku tak akan lupa depa, biar sahabat caci, maki, hina tapi jangan sesekali kita lakukan demikian... sebab apa aku terdengar satu perkataan yang mengingatkan aku iaitu "JGN KITA LAKUKAN SEBAIK-BAIK KEBAIKAN adalah sekecil-kecil KEBURUKAN" aku dengar sekali aku mcm heran tapi membuka fikiran yang buat aku malu dengan diri sendiri.. pembaca kat sini pun aku harap korang semua kan faham tau2... tau dak kenapa... Islam mengajar kita melakukan kebaikan tidak sekecil-kecil kejahatan... bermakna setiap kebaikan kita buat tu jangan ada unsur keburukan langsung walaupun dari niat kita.... halus giler bahasa yang aku dengar... tapi aku korang paham lain tak tau lar manusia hidup dalam muka bumi Allah ni adalah pandai tapi kurang bijak (termasuk la aku)..... sebab apa nanti lar akku huraikan.... hehhehe sebabnya aku dah letih tapi.... amik sedikit-sedikit dulu.... nanti tambah lain k.....

Marhaban

Thursday, September 15, 2011

Wang, Duit, dan Perbelanjaan

          Kalau dengan duit macam mata yang rambang dok mencari-cari kesempurna yang perlu ada dalam diri... "Handset", pakaian jenama, laptop, dan sebagainya. Padahal kehendak ja pun bukan keperluaan dalam kehidupan yang dianggap aset penting.. Sanggup kadang-kadang sanggup beli "handset" berjenama sampai beribu-ribu, Ipad ler, IPhone lar... (Giler!!~~) biasa yang termewah orang-orang yang sederhana ni je lar... mungkin pemikiran dan kegilaan orang-orang kita ni dah menjadi-jadi... Aku pun tak faham status orang macam ni mencari kepuasan untuk diri sendiri tidak untuk bersama-sama.... Ada sebab masing-masing yang mungkin aku sendiri tak tahu sangat kot... Masih mencari-cari kemana yang sebenarnya... 


          Semakin hari terasa juga kemewahan dalam diri ni meALPAkan kita dalam kehidupan yang mekar sepatutnya di Jalan yang lebih diredhai.. Walaubagaimanapun, ikuti cara yang senang dan mudah untuk mengawal diri diantara keperluan dan kehendak yang kita perlukan... Aku ini luahkan lagi perasaan ingin tahu macam mana agaknya kehidupan mewah, bergaya, dan berstatus ini bagi membawa kita kejayaan dalam diri untuk masa depan..  Aku nak sangat kejayaan yang boleh dikecapi dan bersama dengan orang lain lagi best...  Bila orang lain bahagia, aku juga nak bahagia,.... Semoga sama-sama kita berkongsi kekuatan dan keleemahan masing... aku hanya orang yang ingin mencari kelamahan diri dan mengenal Maha Pencipta.....

Wednesday, September 14, 2011

Gelora Study

Wahh!!! memang dasyat semua "assigment" nak minggu depan memang mencabar lar... dah lar memerlukan kajian yang tinggi dulu best lar "lecture" ajar kita sekarang kita plak yang kena ajar depa.... tak pa macam mana pun janji belajar kena kuat itizam hidup je lar.... boleh lar... aku cuma nak luahkan satu perasaan "why" kita masih belajar di lapuk yang memerlukan kawan-kawan yang pandai saja .... kalu kawan dengan org bodoh jadi masalah ka??? 


       Belajar sama-sama lar walaupun kadang kala yang kurang pandai ini kita harus memimpin.... apa yang terjadi hari ini aku masih tertanya-tanya awat "depa" hanya memerlukan kumpulan yang pandai untuk membuat tugasan, or laporan memang orang kata geng-geng2 bodoh ni tak boleh buat apa... So apa inisiatif org tentang perkara ni... aku tak suka org dengan orang belajar hanya sekadar "pointer"... aku pun kejar jugak benda tu tapi berpada lar.... takkan nak tengok ada diantara kita yang terbuang begitu sahaja... aku dah faham sangat orang yang tak da perasaan ni.... depa ini hanya fikir depa berjaya dengan cara tersendiri tapi bila "time" kerja di kalangan yang pandai-pandai ini lah yang memusnahkan.... Aku mengerti maksud Islam yang membentuk Jemaah yang besar agar dikalang mereka melakukan kebaikan bukan untuk dipuji tapi memperoleh kejayaan  Akhirat nanti... Aku harap sangat2 hilang perasaan benci dengan orang lain walaupun perasaan itu aku sendiri ada... harap korang kaji apa yang aku katakan bukan untuk org lain tapi diri aku sebenarnya yang selama ini membawa semua ini......

Tuesday, September 13, 2011

Semangat tidak mudah luntur

Hari ini ja macam-macam ujian yang terpaksa dilalui oleh manusia yang digelar hamba Allah S.W.T yang lemah seperti "aku"....  kadang-kadang aku tak pernah rasa macam nak putus asa mulut berbicara dengan bermacam-macam tapi hati ini aku ja yang tahu apa yang patut aku buat... orang sekeliling memandang gerak laku kita dan takkan mereka nak memandang kebaikan dalam diri kita...(xtakkan kot) bagi aku sekarang aku dah mcm terbiasa dengan tomahan orang sekeliling aku dan aku xkan sesekali membenrontak kot... (xda pasai aih) cukup aku memalukan diri sendiri selama ini... Biar kita lakukan kebaikan tapi tomahan mendatang... alam serba moden ni aku tak heran lar sangat.... Gembira rasa kepuasan diri kita... apa yang kita dapat biar menyesal seumur hidup aku ini tapi jangan gentar apa yang aku buat... kuatkan hati yang kentai meraba-raba mencari keindahan dunia utk melayari kemewahan di Akhirat....

ª