Berikut ialah wasiat Alqamah kepada anaknya mengenai sahabat, tulisan seorang ulama' tersohor:
Seorang alim bernama Alqamah telah berwasiat kepada anaknya. Antara wasiatnya ialah:
"Apabila tercetus di hatimu berkawan dengan seseorang, pastikan jika engkau berkhidmat dengannya, dia boleh mengawal dirimu."
"Andainya kamu bersahabat dengannya dia boleh menghias dirimu, sekiranya pada suatu ketika kamu kekurangan belanja dia boleh berbelanja untuk kamu."
"Bersahabatlah sekiranya kamu hulur satu kebaikan lalu orang itu pun berbuat demikian, apabila melihat kebaikan daripadamu lantas dikutipnya dan dihimpun kerana menghargainya."
"Apabila melihat keburukanmu lantas ditutupnya, bersahabat rapatlah kamu kepada orang yang jika kamu meminta sesuatu (nasihat atau apa sahaja) lantas dia memberimu segera."
"Apabila kamu berdiam diri tidak meminta sesuatu darinya, dia menunjukkan rasa resah gelisah. Sekiranya bala menimpamu, dia merasa simpati dan bertimbang rasa."
"Bersahabatlah apabila kamu berkata sesuatu, dia mengiyakan sahaja. Sebarang perkara usaha sungguh-sungguh yang kamu hendak lakukan, dia segera memberi sokongan. Dia segera mengalah ketika berbalah denganmu."
Demikianlah wasiat Alqamah kepada anaknya mengenai sahabat yang sangat tinggi nilainya terutama bagi melaksanakan amal kebaikan dalam gerak kerja Islam.
Tingkat persaudaraan yang paling rendah ialah berlapang dada, manakala tingkat persaudaraan yang paling tinggi ialah 'ithar' iaitu mementingkan sahabat-sahabatnya lebih daripada dirinya sendiri.
Popular Posts
-
Sudah lama tidak melibatkan diri dalam penulisan blog.. menyibukkan diri dalam duniawi seketika.. sekarang diri ku tersentak melihat dunia ...
-
tahun demi tahun berlalu hasrat dan impian yang sama tak pernah berubah tapi aku tetap sama tak berubah mengikut tahun tak berubah men...
-
banyak kisah-kisah yang aku bca dari blog-blog lain kadang kala hampir menitiskan mata menyedarkan diri tentang kekurangan yang ada sed...
-
aku menyifatkan sebuah perhubungan itu sbagai sebuah cerita... penghujung cerita nya akan ku tamatkan dengan kegembiraan.. konflik, dan perg...
-
kebelkngan nie bdan aku jdi mkin lemah sakit je,,, buat aku rsa x bermaya nk gerak dan lebih2 lgi nk study dah la sekrg time exam..manage...
Saturday, September 17, 2011
Nasihat Tentang Sahabat
Posted by N.I.SYA BLOG at 12:53 AM
Labels: AkuPenCariLmu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment